Calon termuda dan tertua dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pulau Pinang mempunyai misi berbeza dalam usaha menawan kerusi Parlimen masing-masing.<br /><br />Calon Bayan Baru mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ravinder mahu merombak sistem pendidikan negara jika menang di kerusi Parlimen itu.<br /><br />Manakala Calon Muda, Danial Abdul Majeed pula mahu meningkatkan capaian internet di Kepala Batas.